Monday, October 22, 2012

AIDILADHA tiba lagi

Assalamualaikum...

PROMOSI AIDILADHA - RM13.90/unit

Sempena Aidiladha yang bakal tiba beberapa hari lagi kami, Roslan enterprise menawarkan Ayam Kampung pada harga RM13.90 seekor bagi Ayam Kampung bersize S. Kepada warga Kluang yang ingin mendapatkan bekalan Ayam Kampung boleh dapatkan stok terus daripada kami. Tawaran harga terhad kepada 100 ekor/unit pertama sahaja sehingga 25 Oktober 2012. Tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi:


# 07-7710764 # 013-7554862 #
email: hancbrand@gmail.com

p/s:bkn selalu dapat offer harga mcm ni...so sapa cepat dia dapat...jgn tgu lama2 nti di kebas orang...hehe

Monday, August 6, 2012

Kenaikan Harga Dedak

Assalammualaikum....

Nampaknya ternakan ayam kampung saya semakin menjadi, tempahan untuk Hari Raya juga makin meningkat, tapi semua tu bergantung pada stok yang ada. Saya target untuk tahun ni dalam 1000 ekor. InsyaAllah kepada pelanggan semua, saya rasa lebih dari cukup jumlah ini.

Namun, apa yang buat saya rasa sedih apabila dapat tahu yang harga dedak ayam akan naik pada awal Ogos dan September, maksudnya kos makanan juga akan meningkat. Walaupun, penggunaan dedak tidak banyak dalam ternakan ayam kampung, tetapi anak-anak ayam pada usia bawah 3minggu memerlukan dedak untuk sumber protien yang tinggi.



Ini la kebiasaan musim perayaan, pasti akan ada kenaikan harga barang. Sebagai penternak, saya tidak boleh lari dari masalah seperti ini. Telankan saja segala cabaran yang datang. Untuk pelanggan semua, tak perlu risau, buat masa ini saya tak akan naikkan harga ayam, mungkin selepas raya.... hehe...

Saya sekarang sedang mencari beberapa orang pemborong untuk ayam kampung, komisen adalah tinggi dan berbaloi. Rasanya dah tiba masa untuk saya focus kepada penternakan sahaja, dan dalam perancangan untuk membuat makanan ternakan sendiri. Harap-harap dengan cara ini, dapatlah saya jimatkan kos. 

Friday, February 25, 2011

Aktiviti kami

Baru-baru ini, iaitu pada 12 Februari, Hanc Roslan Enterprise dengan usahasama Pegaga Resources telah mengadakan Karnival Citra Warna Pegaga bertempat di hadapan kedai Pegaga Resources. Pada hari tersebut, pihak Pegaga Resources telah mengadakan Pertandingan Pakaian Beragam bagi pihak murid tadika Kemas pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang pula mereka membuka kaunter bagi menjual barangan kedai mereka seperti baju T, kemeja korporat, beg serta lain-lain barangan dengan harga runtuh. Walaupun penglibatan pihak kami dengan Pegaga Resources tidak secara langsung, namun ternyata program tersebut banyak memberikan input berguna bagi pihak kami.

Penglibatan pihak kami dalam karnival tersebut bertujuan mempromosi serta memperkenalkan produk kami kepada umum. Sepanjang program berlangsung, kami telah mengadakan jualan serta mengedarkan risalah berkenaan produk ayam kampung milik kami. Pada hari tersebut juga, kami telah memperkenalkan produk terbaru keluaran Hanc Roslan Enterprise iaitu produk ‘ready to cook’. Ternyata produk ini berjaya menarik minat pelanggan untuk membeli walaupun bilangan pengunjung yang hadir tidak begitu ramai.

Berdasarkan pemerhatian kami terhadap program ini, terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki lagi sekiranya kami ingin menjalankan program yang sama pada masa akan datang. Secara kesimpulannya, program ini banyak memberi kami pengalaman dalam menjalankan jualan secara langsung. Kerjasama daripada semua pihak amat kami hargai.

p/s: 12 Feb~ hari yang memenatkan.


Produk Hanc Roslan yang dijual pada hari kejadian.

Adik I said: Undi la saya. Smart kn saya nak jadi askar?!

Adik II said: Comelkn saya jadi model?! So, vote me!

Pengadil said: Berapa ye nak beri markah kt budak2 ni?

Adik III said: Ya, saya menang tanpa undi!

p/s: Iklan semata2. Tidak ada kena mengena antara yang hidup @ yang telah meninggal dunia.

Khasiat Tembikai



Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

(http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan)

p/s: Seronok makan tembikai masa cuaca panas. Hilang haus.=)

Wednesday, February 23, 2011

Resepi-resepi Ayam Kampung

Ayam Kampung Masak Kicap



Bahan-bahan
Seekor ayam kampung sederhana besar
dipotong kecil
2 btg. serai(dititik)
*3 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2 inci halia
2 labu bawang besar
(dipotong bulat)
* (dimayang)

5 biji cengkih
1 ½" kulit kayu manis
Sekuntum bunga lawang
50 sen suhun direndam
3 biji cili merah dibelah dua
1 sudu teh serbuk lada hitam
¼ cawan kicap lemak masin (kipas Udang)
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara-caranya
1.Panaskan minyak masak dan tumiskan bunga cengkih,lawang dan kulit kayu manis.
2.Apabila wangi, masukkan serai, bawang merah, putih dan halia yang telah dimayang.
3.Kemudian masukkan ayam dan goreng sebentar hingga ayam agak kecut.
4.Masukkan air anggaran 2 cawan dan tutup. Biarkan ayam masak pada api sederhana.
5.Bila ayam hampir masak,masukkan kicap, bawang besar , suhun , serbuk lada hitam dan cili merah serta serbuk perasa.
6. Masak hingga air agak kering atau hingga ayam masak.

(Sumber: http://resepi.mesra.net)

p/s: Ruangan ini sekadar untuk memberi menu cadangan kepada penggemar ayam kampung. Selamat mencuba!

Tuesday, February 22, 2011

Aktiviti Farm

Pada tarikh 22 Februari, Hanc Farm telah dilawati oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi mengetahui setiap proses dan aktiviti ternakan kami. Pemantauan bertujuan memastikan ternakan sentiasa diselia dan berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang penyakit. Lawatan ke Hanc Farm bagaimanapun tidak dibuka kepada umum; melainkan mendapat kebenaran daripada pihak Hanc Farm sahaja.

Info Kesihatan

TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan masih baru.

p/s: Hidup Telur Ayam Kampung!