Monday, August 6, 2012

Kenaikan Harga Dedak

Assalammualaikum....

Nampaknya ternakan ayam kampung saya semakin menjadi, tempahan untuk Hari Raya juga makin meningkat, tapi semua tu bergantung pada stok yang ada. Saya target untuk tahun ni dalam 1000 ekor. InsyaAllah kepada pelanggan semua, saya rasa lebih dari cukup jumlah ini.

Namun, apa yang buat saya rasa sedih apabila dapat tahu yang harga dedak ayam akan naik pada awal Ogos dan September, maksudnya kos makanan juga akan meningkat. Walaupun, penggunaan dedak tidak banyak dalam ternakan ayam kampung, tetapi anak-anak ayam pada usia bawah 3minggu memerlukan dedak untuk sumber protien yang tinggi.



Ini la kebiasaan musim perayaan, pasti akan ada kenaikan harga barang. Sebagai penternak, saya tidak boleh lari dari masalah seperti ini. Telankan saja segala cabaran yang datang. Untuk pelanggan semua, tak perlu risau, buat masa ini saya tak akan naikkan harga ayam, mungkin selepas raya.... hehe...

Saya sekarang sedang mencari beberapa orang pemborong untuk ayam kampung, komisen adalah tinggi dan berbaloi. Rasanya dah tiba masa untuk saya focus kepada penternakan sahaja, dan dalam perancangan untuk membuat makanan ternakan sendiri. Harap-harap dengan cara ini, dapatlah saya jimatkan kos.