About Us

Latar Belakang

HANC ROSLAN ENTERPRISE adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Syarikat ini tertubuh dengan adanya Hanc Farm yang berpangkalan di Felda Kahang Timur. Di awal kemunculan Hanc Farm, penternakan ayam kampung hanya diusahakan secara kecil-kecilan serta dijual kepada penduduk setempat. Namun menyedari potensi yang tinggi dalam pasaran tempatan, maka tertubuhlah Hanc Roslan Enterprise sebagai pusat pemasaran produk Hanc Farm.

Secara umumnya, syarikat ini terlibat secara tidak langsung dalam bidang kontraktor, pemasaran serta tekstil. Dalam hal ini, Hanc Roslan Enterprise bertindak sebagai perunding pemasaran. Selain itu, syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan agen pemasaran, membekalkan produk sejuk beku dan ayam kampung sama ada yang hidup ataupun yang telah diproses. Selain daripada produk ayam kampung, syarikat kami turut menjual telur ayam kampung dan telur itik asin.

Syarikat Hanc Roslan Enterprise beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00pagi hingga 5.30petang manakala pada hari Sabtu pula dari jam 9.00pagi hingga 3petang.

Visi

Menjadi peneraju utama dalam industri perunding pemasaran.

Misi

Menjadi sebuah organisasi perunding pemasaran yang terkenal dengan mengetengahkan imej korporat di samping menyediakan perkhidmatan berkualiti pada kadar yang berpatutan.

Lokasi Perniagaan

HANC ROSLAN ENTERPRISE
N0.1,TINGKAT 1,JALAN KAMPUNG TENGAH,
TAMAN FAJAR JAYA,
86000 KLUANG,JOHOR.

p/s : Lokasi ini dipilih kerana kepesatan kawasan dan merupakan kawasan yang stategik untuk aktiviti perniagaan dan lokasinya yang hampir dengan pusat bandar disamping mempunyai pelbagai kemudahan disekitarnya.