Friday, February 25, 2011

Aktiviti kami

Baru-baru ini, iaitu pada 12 Februari, Hanc Roslan Enterprise dengan usahasama Pegaga Resources telah mengadakan Karnival Citra Warna Pegaga bertempat di hadapan kedai Pegaga Resources. Pada hari tersebut, pihak Pegaga Resources telah mengadakan Pertandingan Pakaian Beragam bagi pihak murid tadika Kemas pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang pula mereka membuka kaunter bagi menjual barangan kedai mereka seperti baju T, kemeja korporat, beg serta lain-lain barangan dengan harga runtuh. Walaupun penglibatan pihak kami dengan Pegaga Resources tidak secara langsung, namun ternyata program tersebut banyak memberikan input berguna bagi pihak kami.

Penglibatan pihak kami dalam karnival tersebut bertujuan mempromosi serta memperkenalkan produk kami kepada umum. Sepanjang program berlangsung, kami telah mengadakan jualan serta mengedarkan risalah berkenaan produk ayam kampung milik kami. Pada hari tersebut juga, kami telah memperkenalkan produk terbaru keluaran Hanc Roslan Enterprise iaitu produk ‘ready to cook’. Ternyata produk ini berjaya menarik minat pelanggan untuk membeli walaupun bilangan pengunjung yang hadir tidak begitu ramai.

Berdasarkan pemerhatian kami terhadap program ini, terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki lagi sekiranya kami ingin menjalankan program yang sama pada masa akan datang. Secara kesimpulannya, program ini banyak memberi kami pengalaman dalam menjalankan jualan secara langsung. Kerjasama daripada semua pihak amat kami hargai.

p/s: 12 Feb~ hari yang memenatkan.


Produk Hanc Roslan yang dijual pada hari kejadian.

Adik I said: Undi la saya. Smart kn saya nak jadi askar?!

Adik II said: Comelkn saya jadi model?! So, vote me!

Pengadil said: Berapa ye nak beri markah kt budak2 ni?

Adik III said: Ya, saya menang tanpa undi!

p/s: Iklan semata2. Tidak ada kena mengena antara yang hidup @ yang telah meninggal dunia.

Khasiat Tembikai



Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

(http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan)

p/s: Seronok makan tembikai masa cuaca panas. Hilang haus.=)

Wednesday, February 23, 2011

Resepi-resepi Ayam Kampung

Ayam Kampung Masak Kicap



Bahan-bahan
Seekor ayam kampung sederhana besar
dipotong kecil
2 btg. serai(dititik)
*3 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2 inci halia
2 labu bawang besar
(dipotong bulat)
* (dimayang)

5 biji cengkih
1 ½" kulit kayu manis
Sekuntum bunga lawang
50 sen suhun direndam
3 biji cili merah dibelah dua
1 sudu teh serbuk lada hitam
¼ cawan kicap lemak masin (kipas Udang)
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara-caranya
1.Panaskan minyak masak dan tumiskan bunga cengkih,lawang dan kulit kayu manis.
2.Apabila wangi, masukkan serai, bawang merah, putih dan halia yang telah dimayang.
3.Kemudian masukkan ayam dan goreng sebentar hingga ayam agak kecut.
4.Masukkan air anggaran 2 cawan dan tutup. Biarkan ayam masak pada api sederhana.
5.Bila ayam hampir masak,masukkan kicap, bawang besar , suhun , serbuk lada hitam dan cili merah serta serbuk perasa.
6. Masak hingga air agak kering atau hingga ayam masak.

(Sumber: http://resepi.mesra.net)

p/s: Ruangan ini sekadar untuk memberi menu cadangan kepada penggemar ayam kampung. Selamat mencuba!

Tuesday, February 22, 2011

Aktiviti Farm

Pada tarikh 22 Februari, Hanc Farm telah dilawati oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi mengetahui setiap proses dan aktiviti ternakan kami. Pemantauan bertujuan memastikan ternakan sentiasa diselia dan berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang penyakit. Lawatan ke Hanc Farm bagaimanapun tidak dibuka kepada umum; melainkan mendapat kebenaran daripada pihak Hanc Farm sahaja.

Info Kesihatan

TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan masih baru.

p/s: Hidup Telur Ayam Kampung!

Sunday, February 20, 2011

potensi ayam kampung

penternakan ayam kampung pada masa kini merupakan satu usaha yang mampu membawa pulangan yang lumayan kepada penternak.melalui teknik-teknik penternakan yang betul dan bertepatan akan membawa kepada keuntungan yang cukup besar kepada pengusaha.

walaubagaimanapun,hasil sesuatu penternakan bukan bergantung pada teknik penjagaan semata-mata,pengurusan,pemakanan,rekabentuk reban dan sebagainya merupakan aspek penting dalam perusahan penternakan ayam kampung.

Sunday, February 13, 2011

produk terbaru..

produk-produk terbaru dari hanc roslan enterprise..
ayam kampung "ready to cook"..agen dan pengedar diperlukan segera..

Thursday, February 10, 2011

produk akan datang

Hanc Roslan Enterprise kini telah keluar dengan produk terbaru. Di bawah ini hanya cadangan masakan sahaja. Sebenarnya kami hanya keluarkan produk ayam kampung yang telah diperap dengan 3 perisa iaitu berempah, blackpepper dan grill. Produk 'ready to cook' ini memberi kelebihan kepada penggemar ayam kampung yang inginkan kelainan dalam masakan ayam kampung disamping penyediaannya yang mudah. Produk ini juga menyediakan burung puyuh dalam dua bentuk perapan iaitu puyuh berempah dan puyuh grill. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi kami untuk tempahan.


Harga Produk 'Ready to Cook'

Ayam Kampung (Berempah, Blackpepper dan Grill) - RM 6.50
Burung Puyuh (Berempah dan Grill) - RM 6.00



                         ayam kampung goreng berempah


                                 ayam kampung blackpepper


                                ayam kampung grill



                                          puyuh goreng berempah


                                  puyuh grill

Monday, February 7, 2011

khasiat ayam kampung




Nilai khasiat per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 220 kcal   900 kJ
Karbohidrat    0 g
Lemak15 g
saturated  4.3 g
monounsaturated  6.2 g  
polyunsaturated  3.2 g  
Protein19 g
Air66 g
Vitamin A equiv.  41 μg 5%
Pantothenic acid (B5)  0.9 mg 18%
Iron  0.9 mg7%
Natrium  70 mg3%

Sunday, February 6, 2011

jagung kuning

jagung kuning merupakan bahan utama makanan ayam kampung kerana penggunaannya mencapai 15-70% dari jumlah makanan.jagung kuning lebih baik dari jagung putih kerana mengandungi provitamin A yang diperlukan untuk meningkatkan mutu daging dan telur.

makanan ayam

secara asasnya makanan ayam kampung dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
(1) makanan komersial/dagangan
    -makanan ayam permulaan (layer starter mars)
    -makanan ayam membesar (layer grower mash/pellet)
    -makanan ayam penghabisan (layer finisher mash/pellet)


(2) makanan campuran atau sisa makanan.
    -lebihan nasi,hampas kelapa dan isi kelapa.
    -dedak,beras hancur,padi,ubi kayu/keledek.
    -ikan,baja dan lain-lain.

Istimewanya Ayam Kampung Kluang hanya dibekalkan dedak dan jagung sahaja kerana pihak kami amat menitik berat aspek kualiti produk. Sumber makanan yang bersih akan menjamin kesihatan tubuh badan yang baik. Jadi, walaupun harga ayam kampung dikatakan mahal, tetapi khasiatnya berganda.

promosi hebat..


Tuesday, January 25, 2011

promosi tahun baru cina


pihak kami akan membuat satu promosi ayam kampung dengan harga terendah sempena sambutan tahun baru cina yang akan tiba pada 3 febuari ini..