Wednesday, December 5, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Kempen makan Ayam Kampung

Makanan terbaik masa kini....


juga boleh didapati dalam Ready to Cook - RM6.00/pack


Tempahan hubungi :

07-7710764/013-7554862

Friday, November 16, 2012

AYAM KAMPUNG FROZEN & AYAM KAMPUNG READY TO COOK

AYAM KAMPUNG FROZEN RM 14.30-RM 21.50 seunit (mengikut size)
AYAM KAMPUNG READY TO COOK RM 6.00/PACK

Berminat menjadi pengguna Ayam Kampung??

Berminat menjadi Pengedar Daerah atau Pemborong??

Harga menarik kepada Pengedar Daerah dan Pemborong!!

Sila hubungi : 013-7554862/07-7710764 (Pengurus Jualan & Pemasaran)


SELAMAT DATANG

Pada masa kini Ayam Kampung semakin di minati dan sering mendapat perhatian dikalangan pengguna yang mementingkan aspek penjagaan kesihatan terhadap diri sendiri dan keluarga. Tahukah anda Ayam Kampung merupakan antara menu utama masakan di negeri Cik Siti Wan Kembang(Kelantan). Antaranya adalah Teresek Ayam Kampung Pisang Muda, Gulai Ayam Kampung dan lain-lain lagi.


Teresek Ayam Kampung Pisang Muda-antara makanan tradisional di Kelantan

Melihat pada perkara ini dan dengan sasaran untuk menawarkan sesuatu yang terbaik kepada pengguna di samping menyahut kepada seruan Makanan Asas Kesihatan oleh Kerajaan Malaysia, Hanc Marketing melalui Hanc Roslan Enterprise yang sepenuhnya hak milik syarikat bumiputera telah menghasilkan dan mengedar produk Ayam Kampung Frozen yang unik, pertama pernah ada di dalam pasaran Ayam Kampung, produk yang dikenali sebagai Ayam Kampung Frozen dan Ayam Kampung Ready to Cook (RTC).


APAKAH YANG ANDA INGINKAN DARIPADA MAKANAN ANDA

  • makanan yang berkhasiat?
  • menikmati makanan kegemaran setiap hari bersama keluarga tersayang atau sahabat handai?
  • mudah, senang dan menjimatkan masa?
Atau

adakah anda pengguna yang tidak prihatin terhadap diri dan keluarga anda dengan menyediakan makanan berasaskan sumber yang tidak berkhasiat serta menyumbang kepada masalah kesihatan yang kian meningkat pada masa kini seperti penyakit obesiti, kanser dan penyakit-penyakit berisiko yang lain.


Sebenarnya sebagai pengguna yang bijak anda sepatutnya menyediakan makanan yang berkhasiat bukan hanya kepada anda dan ahli kelurga anda sahaja tetapi juga kepada saudara mara dan sahabat handai. Ia bukan sahaja sebagai amalan atau rutin makanan seharian tetapi juga untuk menjamin tahap kesihatan anda dan keluarga sentiasa dalam keadaan baik dan berterusan sepanjang hayat serta menjamin kualiti hidup anda.

Jadi sekiranya anda sibuk bekerja sekalipun terutama kepada golongan wanita anda masih mempunyai masa untuk menyediakan makanan kegemaran yang berkhasiat kepada ahli keluarga anda.

Atau

Adakah anda ingin menjana pendapatan anda?



Cubalah PRODUK AYAM KAMPUNG FROZEN & AYAM KAMPUNG READY TO COOK (RTC)– SUMBER MAKANAN TERBAIK MASA KINI





Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai “free range chicken” atau “organic chicken”. Ayam kampung jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Selain itu juga ayam akan diberi makanan yang bersih dan berkhasiat tinggi yang menawarkan faedah perubatan bagi pengguna, pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik untuk menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi dan ciri daging yang enak dan berprotein tinggi tanpa kolesterol berbanding ayam daging komersial yang hidup dengan pelbagai antibiotik, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan.

Ayam Kampung sesuai untuk pelbagai jenis masakan seperti masakan jenis bergoreng, berkuah atau di panggang. Daging ayam kampung ini tidaklah liat kerana ayam yang digunakan adalah ayam kampung dara selain isinya yang agak manis jika dibandingkan dengan daging ayam biasa.


AYAM KAMPUNG FROZEN & AYAM KAMPUNG RTC

AYAM KAMPUNG adalah ayam yang diternak secara sistematik, ditambahnilai dengan diberikan pemakanan organik yang berkhasiat bagi meningkatkan kualiti dan keaslian citarasa ayam secara semulajadi. Kebaikan Ayam Kampung adalah:

- Bebas Antbiotik, Bebas Suntikan Hormon, Beta Agonist atau Salbutamol
- Disembelih secara HALALAN TOYYIBAN
- Penggunaan Dedak dan  Jagung sebagai makanan utama
- Rendah Kolestrol dan Sedikit Lemak
- Tinggi Kandungan Protein
- Daging Berkualiti dan Rasa Lebih Enak
- Bebas Selsema Burung, Bakteria Salmonella dan E-Coli
- Bebas Bahan Pengawet dan mempunyai Kandungan Nutrisi yang Tinggi
- Baik untuk Kesihatan dan mampu Membina Sistem Imunisasi Badan


Kesemua faedah di atas boleh dirasai setelah anda mencuba produk Ayam Kampung Frozen dan Ayam Kampung Ready to Cook(RTC).


Kenapa anda memerlukan produk Ayam Kampung Frozen & Ayam Kampung RTC?

Kebanyakan masalah kesihatan adalah berpunca dari pengambilan makanan yang tidak berkhasiat. Obesiti(kegemukan), penyakit kanser, penyakit jantung dan penyakit yang berisiko semuanya berpunca dari pengambilan atau amalan pemakanan yang tidak sihat. Kehidupan yang semakin moden menyebabkan kurangnya perhatian mereka terhadap makanan yang berkhasiat serta ia dipandang remeh oleh segelintir masyarakat. Selain itu kurangnya kesedaran masyarakat terhadap jenis-jenis makanan yang sihat dan tidak sihat juga menyebabkan seseorang itu membuat pemilihan makanan secara tidak terurus dan membawa kepada masalah seperti penyakit-penyakit kronik. Antara punca kepada permasalahan ini adalah kekerapan dalam pengambilan ayam daging sebagai makanan utama atau harian. Apakah kesan kekerapan pengambilan ayam daging?

Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ‘ayam daging’ akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Lagi membimbangkan untuk satu tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya. Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat. Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak. Tambahan pula, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein. Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan. Satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal(tempoh matang sekitar 90hari sahaja). Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Sebenarnya makanan juga mempengaruhi kehidupan anda, kerana makanan yang baik menjamin kesihatan yang baik serta melahirkan kehidupan yang baik. Produk ini dicipta untuk kesesuaian semua lapisan masyarakat. Ayam Kampung Frozen dan Ayam Kampung RTC juga mampu meningkatkan tahap kesihatan kepada pengguna sekaligus menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.


PANDUAN PENGGUNA

AYAM KAMPUNG FROZEN

Sesuai di masak pelbagai jenis masakan seperti masakan jenis bergoreng, masakan jenis berkuah dan dipanggang antaranya seperti:




AYAM KAMPUNG READY TO COOK (RTC)

  • Didatangkan dalam 4 jenis perasa
  • Hanya goreng atau panaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro selama 4-5 minit dan ia siap untuk dihidangkan
  • Mudah, Senang dan Cepat untuk disediakan




Kelebihan-Kelebihan Produk

- Bebas Antbiotik, Bebas Suntikan Hormon, Beta Agonist atau Salbutamol
- Disembelih secara HALALAN TOYYIBAN
- Penggunaan Dedak dan Jagung sebagai makanan utama
- Rendah Kolestrol dan Sedikit Lemak
- Tinggi Kandungan Protein
- Daging Berkualiti dan Rasa Lebih Enak
- Bebas Selsema Burung, Bakteria Salmonella dan E-Coli
- Bebas Bahan Pengawet dan mempunyai Kandungan Nutrisi yang Tinggi
- Baik untuk Kesihatan dan mampu Membina Sistem Imunisasi Badan



PROMOSI

"1 KELUARGA 1 HIDANGAN

AYAM KAMPUNG SETIAP HARI" 

DENGAN HARGA YANG MENARIK

Mudah, Senang dan Cepat...
Revolusi baru dalam penyediaan makanan terbaik. 
Hubungi hotline 013-7554862/07-7710764


SERTAI RANGKAIAN PENGEDAR KAMI
Pengedar Daerah dan Pemborong diperlukan di seluruh Johor. Maklumat lanjut mengenai Ayam Kampung Frozen dan Ayam Kampung Ready to Cook (RTC) anda bolehlah menghubungi Pengurus Jualan dan Pemasaran 013-7554862 (SYIQA)


-Keuntungan lumayan
-Penghantaran percuma
-Bantuan promosi (banner/bunting)
-Dibekalkan Freezer (pengedar daerah sahaja)
-Tawaran harga menarik


PENGEDAR DAERAH
  • MERSING
ISBI TAKHTA SDN BHD
No.3, Gerai Jalan Jemaluang, 86800 Mersing, Johor.
(depan PPD Mersing)

Tel : 07-7982835 (Ana)
fb: http://www.facebook.com/isbi.takhta



SETELAH ANDA MEMBACA IKLAN INI

SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMBELI ANDA HANYA JIMAT ANTARA RM 14-20 SAHAJA SEDANGKAN ANDA SEBENARNYA TELAH KERUGIAN KERANA ANDA TERPAKSA MEMBAYAR HARGA YANG LEBIH DARI ITU UNTUK MEMBELI SEBUAH KEHIDUPAN YANG SIHAT PADA MASA HADAPAN

Kami hanya menjual PRODUK YANG TERBAIK buat anda.

Matlamat utama kami adalah untuk membantu anda mencapai tahap kesihatan yang baik setiap hari supaya anda dapat mengawal penyakit-penyakit berisiko daripada dijangkiti. Sebenarnya makanan juga mempengaruhi kehidupan anda kerana makanan yang baik menjamin kesihatan yang baik serta melahirkan kehidupan yang baik. Tidak salah untuk kita membelanjakan kepada sesuatu yang baik pada hari ini supaya anda tidak perlu untuk membeli sebuah kehidupan yang sihat pada masa hadapan.


TIDAK PERCAYA? MENGAPA ANDA TIDAK MENCUBANYA

SILA HUBUNGI SYIQA (013-7554862/07-7710764) UNTUK MENDAPATKAN STOK AYAM KAMPUNG FROZEN & AYAM KAMPUNG RTC. KAMI SENTIASA MEMPUNYAI STOK YANG ANDA PERLUKAN.

Friday, November 9, 2012

Makanan Yang Baik Bermula Dari Sumber Yang Baik

Assalamualaikum
Firman Allah :
Maksudnya : Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
Demikianlah petikan ayat suci al-Quran yang menekankan mengenai pengambilan makanan yang halal dan baik dalam kehidupan. Peraturan pemakanan orang Islam adalah peraturan yang lengkap yang merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Sememangnya makanan merupakan satu nikmat yang diberikan oleh Allah di samping nikmat keamanan dan kesejahteraan.
Dewasa kini, kita dapat melihat banyak penjualan ayam-ayam kampung yang telah dipelihara dan disembelih dengan cara yang terbaik mengikut kaedah Islam. Antara alternatif lain kepada ummat Islam untuk mendapatkan ayam yang halal ialah melalui ayam kampung atau ayam kampung organik.

Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai “free range chicken” atau “organic chicken”. Ayam kampung jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Manakala ayam kampung organik adalah ayam diberi makanan yang bersih dan berkhasiat tinggi yang menawarkan faedah perubatan bagi pengguna, pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi dan ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol berbanding ayam daging komersial yang hidup dengan pelbagai antibiotik, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan.
Siapa yang memakan ayam kampung ini?

Ayam ini hanya dimakan oleh golongan yang mengutamakan kesihatan sebagai altenatif daripada memakan ayam daging biasa yang dibesarkan dengan cara suntikan antibiotik dan hormon tumbesaran.



Apakah kesan kekerapan pengambilan ayam daging?

Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ‘ayam daging’ akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Lagi membimbangkan untuk satu tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya. Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat. Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak. Tambahan pula, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein. Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan. Satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal(tempoh matang sekitar 90hari sahaja). Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Apa sebenarnya kelebihan ayam kampung berbanding ayam daging biasa?

AYAM KAMPUNG - Adalah ayam yang diternak secara sistematik, ditambahnilai dengan diberikan pemakanan organik yang berkhasiat bagi meningkatkan kualiti dan keaslian citarasa ayam semulajadi.

KELEBIHAN AYAM KAMPUNG
- Bebas Antbiotik, Bebas Suntikan Hormon, Beta Agonist atau Salbutamol
- Disembelih secara HALALAN TOYYIBAN
- Penggunaan Dedak dan Jagung sebagai makanan utama
- Rendah Kolestrol dan Sedikit Lemak
- Tinggi Kandungan Protein
- Daging Berkualiti dan Rasa Lebih Enak
- Bebas Selsema Burung, Bakteria Salmonella dan E-Coli
- Bebas Bahan Pengawet dan mempunyai Kandungan Nutrisi yang Tinggi
- Baik untuk Kesihatan dan mampu Membina Sistem Imunisasi Badan

Sebenarnya makanan juga mempengaruhi kehidupan anda, kerana makanan yang baik menjamin kesihatan yang baik serta melahirkan kehidupan yang baik. Tidak salah untuk kita berubah kepada sesuatu yang lebih baik kerana Allah berfirman 'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. (Surah ar-Ra'd 13:11)

Jadi kepada anda semua lakukanlah perubahan sekarang supaya dapat menjamin kepada masa depan yang lebih baik.


Produk2 Hanc Roslan klik sini


p/s: tak salahkan untuk membelanjakan wang anda lebih dari kebiasaan pada hari ini supaya anda tidak perlu untuk membeli sebuah kehidupan pada masa hadapan...fikir2kanlah


Monday, October 22, 2012

AIDILADHA tiba lagi

Assalamualaikum...

PROMOSI AIDILADHA - RM13.90/unit

Sempena Aidiladha yang bakal tiba beberapa hari lagi kami, Roslan enterprise menawarkan Ayam Kampung pada harga RM13.90 seekor bagi Ayam Kampung bersize S. Kepada warga Kluang yang ingin mendapatkan bekalan Ayam Kampung boleh dapatkan stok terus daripada kami. Tawaran harga terhad kepada 100 ekor/unit pertama sahaja sehingga 25 Oktober 2012. Tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi:


# 07-7710764 # 013-7554862 #
email: hancbrand@gmail.com

p/s:bkn selalu dapat offer harga mcm ni...so sapa cepat dia dapat...jgn tgu lama2 nti di kebas orang...hehe

Monday, August 6, 2012

Kenaikan Harga Dedak

Assalammualaikum....

Nampaknya ternakan ayam kampung saya semakin menjadi, tempahan untuk Hari Raya juga makin meningkat, tapi semua tu bergantung pada stok yang ada. Saya target untuk tahun ni dalam 1000 ekor. InsyaAllah kepada pelanggan semua, saya rasa lebih dari cukup jumlah ini.

Namun, apa yang buat saya rasa sedih apabila dapat tahu yang harga dedak ayam akan naik pada awal Ogos dan September, maksudnya kos makanan juga akan meningkat. Walaupun, penggunaan dedak tidak banyak dalam ternakan ayam kampung, tetapi anak-anak ayam pada usia bawah 3minggu memerlukan dedak untuk sumber protien yang tinggi.



Ini la kebiasaan musim perayaan, pasti akan ada kenaikan harga barang. Sebagai penternak, saya tidak boleh lari dari masalah seperti ini. Telankan saja segala cabaran yang datang. Untuk pelanggan semua, tak perlu risau, buat masa ini saya tak akan naikkan harga ayam, mungkin selepas raya.... hehe...

Saya sekarang sedang mencari beberapa orang pemborong untuk ayam kampung, komisen adalah tinggi dan berbaloi. Rasanya dah tiba masa untuk saya focus kepada penternakan sahaja, dan dalam perancangan untuk membuat makanan ternakan sendiri. Harap-harap dengan cara ini, dapatlah saya jimatkan kos.